KURSUS PIMPINAN MUDA MAJLIS BELIA SABAH 2011


Majlis Belia Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Sabah serta Majlis Belia Malaysia baru sahaja berjaya melaksanakan Kursus Pimpinan Belia pada 12.11.2011, bertempat di Arena Belia Majlis Belia Sabah, Taman Winley Kepayan.

Objektif kursus tersebut adalah untuk membina dan membangun generasi pemimpin muda negeri Sabah dan menjadi platform kepada bakal pemimpin muda mewarisi kepimpinan persatuan masing-masing.

Semoga dengan perlaksanaan kursus ini, bakal pemimpin-pemimpin muda akan dapat menempuhi segala cabaran dan badai kepemimpinan di dalam pergerakkan belia.

Sabah Youth National Forum (SYNF 2010)

  1. Majlis Belia Sabah (MBS) bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM), Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah dan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Sabah Youth National Forum (SYNF) 2010 : The Future of Net Genertion yang membawa tema “Meet the Future : YOUth to speak”.
  2. Sabah Youth National Forum (SYNF) 2010 akan diadakan pada 30 Julai hingga 2 Ogos 2010 bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
  3. Antara objektif penganjuran seminar ini adalah:
    a. Mengkaji kesan perubahan teknologi ke atas pemikiran generasi muda
    b. Merangka Agenda Bertindak untuk menangani cabaran dan masa depan Generasi Net
    c. Mewujudkan rangkaian Generasi Net
  4. Pembentang-pembentang pada sessi forum ini adalah terdiri daripada ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik, penggerak-penggerak NGO dan pimpinan-pimpinan pelajar di IPT.
  5. Semua dijemput hadir ke forum ini. Penyertaan adalah PERCUMA.
  6. Untuk maklumat lanjut, layarilah http://synf2010.blogspot.com


    Abdul Ramlie Ibrahim
    Setiausaha Agung,
    Majlis Belia Sabah

SEMINAR PENDIDIKAN PENGGUNA BELIA


Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 15 Mei lalu, satu seminar pendidikan penggunaan belia telah dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia(MBM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK).

Sebagai inisiatif bagi menyedarkan belia tentang hak-hak kepenggunaan, Majlis Belia Sabah dengan kerjasama MBM dan KPDNKK akan menganjurkan seminar seumpamanya pada 24 Julai nanti di Dewan Utama, Kolej Masterskill Kota Kinabalu bermula pukul 8.30pagi.

Semua dijemput hadir.

Makan Malam bersama Presiden MBM

17 Julai 2010, Kota Kinabalu - Majlis Belia Sabah telah meraikan kehadiran Sdra Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia sempena lawatan beliau ke negeri di bawah bayu ini.

MBS bersama IPT : Institut Kemahiran MARA (IKM)


Kota Kinabalu, 17 Julai 2010 - Destinasi seterusnya untuk program promosi Sabah Youth National Forum (SYNF) 2010 diteruskan lagi pada minggu ini. Institut Pengajian yang dilawati oleh MBS pada minggu ini ialah Institut Kemahiran Mara.



Pada minggu ini, siswa dan siswi di IKM amat bertuah kerana menerima kunjungan Sdra Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang seterusnya telah memberikan ucaptama beliau.



Sambutan yang telah diberikan oleh siswa-siswi di IKM seramai 111 orang amatlah menggalakkan.