KURSUS PIMPINAN MUDA MAJLIS BELIA SABAH 2011


Majlis Belia Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Sabah serta Majlis Belia Malaysia baru sahaja berjaya melaksanakan Kursus Pimpinan Belia pada 12.11.2011, bertempat di Arena Belia Majlis Belia Sabah, Taman Winley Kepayan.

Objektif kursus tersebut adalah untuk membina dan membangun generasi pemimpin muda negeri Sabah dan menjadi platform kepada bakal pemimpin muda mewarisi kepimpinan persatuan masing-masing.

Semoga dengan perlaksanaan kursus ini, bakal pemimpin-pemimpin muda akan dapat menempuhi segala cabaran dan badai kepemimpinan di dalam pergerakkan belia.

0 comments: