MBS bersama IPT : Universiti Teknologi MARA

Kota Kinabalu, 10 Julai 2010 - Siri keempat program patriotisme dan ketahananan nasional telah diadakan di Universiti Teknologi MARA, Sepanggar, Kota Kinabalu.

Seperti biasa, program ini dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Sdra Abdul Ramlie Ibrahim, Setiausaha Agung MBS dengan ceramah yang bertajuk, "Memperkasa Generasi (net)".





Program ini telah disertai oleh seramai 83 orang peserta dari pelbagai kursus yang ditawarkan di institusi ini. Peserta juga terdiri daripada pelajar yang hadir dari serata tempat di negeri ini dan beberapa negeri dari Semenanjung Malaysia.







Sambutan yang diberikan oleh peserta amatlah menggalakkan dan pengurusan UiTM bersedia untuk menerima kehadiran MBS dan badan-badan gabungannya di masa hadapan dalam usaha berterusan menyediakan pemimpin masa hadapan yang tinggi nilai jatidiri dan pandangan yang meluas terhadap cabaran semasa.




Program ini telah dirasmikan sendiri oleh Yang Berbahagia Sdra Mustapha Haji Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah dan beliau menawarkan seramai 40 penyertaan daripada UiTM di Sabah Youth National Forum (SYNF) nanti.

0 comments: