Lahad Datu, 26 Jun 2010 - Majlis Belia Sabah telah memenuhi undangan ceramah untuk tajuk Peranan NGO : Generasi Bebas Jenayah anjran Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah. MBS telah diwakili oleh Sdra Abdul Ramlie Ibrahim dan telah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "Peranan Pertubuhan Belia dalam membentuk generasi bebas jenayah".
Peserta yang hadir seramai 80 orang adalah dari sekitar Lahad datu termasuklah kawasan Kota Kinabatangan, Felda Sahabat dan Kunak.
Ruang berdialog ini juga telah dimanfaatkan oleh peserta-peserta yang hadir untuk mengemukakan isu-isu penting belia akar umbi seperti keahlian dalam MBS, partisipasi dalam program yang dianjurkan oleh MBS, Majlis Belia daerah dan pelbagai lagi isu berkaitan.
MBS akan meneruskan usahanya mendekati golongan belia akar umbi dan sinergi untuk mencari formula terbaik dan kerjasama yang boleh diusahakan oleh MBS dan golongan-golongan ini dalam usaha berterusan membangun golongan belia di negeri ini.
0 comments:
Post a Comment