MBS bersama IPT : Kolej Masterskill



Kota Kinabalu, 13 Jun 2010 - Majlis Belia Sabah (MBS) telah mengadakan program pertamanya dalam siri mendekati pelajar IPT di seluruh Sabah. Program pertama ini telah dijalankan di Kolej Masterskill, Likas, Kota Kinabalu.



Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah sebagai langkah awal MBS mendekati pelajar-pelajar IPT sebelum program penting, Sabah Youth National Forum (SYNF) yang akan diadakan pada 16 - 19 Julai nanti.



Program ini yang bertemakan “meet the future : YOUth to speak”, adalah program yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan maklumat berkenaan serta mengumpul maklumbalas daripada golongan belia berkaitan isu-isu pembinaan generasi masa depan. Perasmian penutupan program ini disempurnakan sendiri oleh Sdra Mustapha Haji Sakmud, Presiden MBS dengan kehadiran Sdra Ahmad Rithaudin Zainudin mewakili Pengurusan Kolej Masterskill.



Seramai 60 orang peserta telah bersama-sama menjayakan program kali ini. Maklumbalas dan respon yang telah diberikan oleh peserta sangatlah menggalakkan dan “sporting”. Beberapa resolusi penting juga telah dihasilkan untuk dibawa kepada perhatian pihak-pihak yang berkenaan untuk disuarakan oleh MBS.

0 comments: