Kunjungan Hormat Kepada Ketua Menteri Sabah

Kota Kinabalu, 9 Jun 2010 - Ahli Jawatankuasa Induk Sabah Youth National Forum (SYNF) yang dianggotai oleh Majlis Belia Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di pejabat beliau.

Kunjungan hormat yang bertujuan untuk mengundang beliau bagi merasmikan Majlis Penutupan Sabah Youth National Forum (SYNF) pada 19 Julai 2010 nanti. Pada pertemuan tersebut, YAB DSP Musa amat gembira dan berbesar hati menerima undangan tersebut dan mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur Forum ini yang prihatin kepada masa depan generasi belia hari ini.

2 comments:

Mrs.Obeh said...

Salam 1 Malaysia, sy amat berminat untuk menjemput MBS ke AlmaCrest College, Centre Point. Malangnya, Kolej kami tidak mempunyai fasiliti yg sesuai untuk mengadakan bengkel sebegini, hanya memiliki Library yang berkapasiti 50 org sahaja. Adakah alternatif lain utk pelajar/belia dr Almacrest mengikuti bengkel seumpama ini, misalnya menggabungkan beberapa institusi dalam satu masa untuk menyertai bengkel ini malah mungkin dapat menjimatkan sedikit kos.

Majlis Belia Sabah said...

Salam 1 Malaysia,
kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Penyertaan minima ialah 50 orang peserta setiap institusi dan Almacrest College boleh dipertimbangkan. Sila berhubung dengan sekretariat MBS di 088-213559.