MBS BERSAMA IPT : ALMACREST INTERNATIONAL COLLEGE

Kota Kinabalu, 24 Jun 2010 - Majlis Belia Sabah telah meneruskan program Patriotisme dan Ketahanan Nasionalnya ke Almacrest International College. Seperti pada program sebelum ini, sambutan yang diberikan oleh para peserta juga amatlah menggalakkan.



Program kali ini juga dimulai dengan pembentangan ucaptama "Memperkasa Generasi (Net)" oleh Sdra Abdul Ramlie Ibrahim, Setiausaha Agung MBS. Bengkel dan pembentangan peserta telah difasilitasikan oleh sukarelawan-sukarelawan Sabah Proactive Youth (SPY) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dan UMS, Kolej Antarabangsa Labuan.



Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang asal-usul telah menyertai program kali ini. Input-input yang diberikan oleh peserta daripada persembahan kumpulan menunjukkan kematangan dan keyakinan diri peserta dalam menghadapi cabaran di masa depan.


Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh wakil HEP Almacrest International College, Sdra Saiful.

0 comments: