Kepimpinan Asas Belia Kg Rungalau

Kota Belud, 19 Jun 2010 - Majlis Belia Sabah telah mengembangkan mesej pembangunan generasi belia (generasi net) kepada belia-belia akar umbi. Kali ini, Program telah dijalankan di Sk Kg Rungalau, Kota Belud untuk belia-belia di sekitar Kg Rungalau.

Walaupun tanpa kemudahan asas sempurna mahupun kemudahan sistem internet yang setanding dengan belia-belia di bandar, belia-belia luar bandar juga perlu didedahkan dengan cabaran belia semasa. Rata-ratanya, penerimaan golongan belia yang hadir amat baik dan bersetuju dengan keperluan pembinaan generasi berteraskan jatidiri dan akal budi bangsa Malaysia, khususnya Sabah berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Pada sesi soal jawab, belia-belia ini minta diberikan lebih maklumat tentang peluang-peluang bagi mereka membina kualiti hidup yang lebih baik di samping program-program kepimpinan dan aktiviti belia yang dapat membina sahsiah, jatidiri dan akal budi belia diperbanyakkan.

0 comments: