Hari Belia 2010 yang bertemakan Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara yang telah disambut setiap 15 Mei baru lalu telah mencipta sejarah baru didalam Pergerakan Belia di Negara ini. Konsep dan pendekatan baru didalam sambutan Hari Belia kali ini telah mencetus citra baru dihati belia agar dapat berfikir diluar kotak dengan menekankan daya innovasi yang tinggi nilai dan maknanya.
Majlis Belia Sabah (MBS) dengan ini mengajak semua warga belia agar bersama-sama memikirkan kaedah baru utk memperkasa belia di Negara dan negeri ini. Sudah sampai masa dan ketikanya kita memberi input baru kepada semua pihak terutamanya Kementerian Belia dalam merangka agenda belia di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). Dasar Pembangunan Belia juga wajar untuk disemak kembali supaya pendekatannya menepati citarasa belia masakini.
Walaubagaimanapun, dalam kita mencari pendekatan baru ini, MBS meminta agar semua pihak tidak menyamaratakan pendekatan terhadap warga Belia. Kita harus sedar bahawa ada perbezaan diantara pemikiran belia di Bandar dan diluar Bandar, diantara warga Belia di Institut Pengajian Tinggi dan lepasan Sekolah dan pelbagai peringkat lagi. Kita perlu memahami citarasa mereka dan mendekati mereka berlandaskan konsep Kebenaran dan Keadilan.
Konsep Kebenaran membawa maksud bahawa kita perlu mendidik akal budi belia agar menerima nilai-nilai beragama dan murni sebagai pegangan hidup. Perkara-perkara yang bercanggah dan merosakkan jatidiri mereka wajar dihindari. Konsep Keadilan pula ialah meletakkan sesuatu perkara dikedudukan yang betul. Contohnya warga belia yang berpotensi untuk menjadi pimpinan pelapis perlu dipupuk dan diketengahkan bakat kepimpinannya dan bukannya di cantas kerana takut menjadi pesaing kepada kelompok-kelompok tertentu. Pada masa yang sama warga belia yang lain perlu juga dididik agar menjadi warga belia yang baik dan menyumbang kepada Negara dan negeri ini.
Oleh yang demikian, MBS ingin mencadangkan agar Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) agar dapat menjadikan Prinsip Kebenaran dan Keadilan sebagai dasar kepada Pembangunan Belia dinegeri ini. Selain daripada itu juga MPBN perlu mengambil pendekatan Makmal (LAB) dalam membincangkan isu-isu belia dinegeri ini seperti yang digunakan dalam menghasilkan Indeks Prestasi Negara (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai penambahbaikan kepada kaedah dan pendekatan selama ini. Sesungguhnya pendekatan baru ini amat bersesuaian dengan Tema Hari Belia pada tahun ini
Selamat Bersidang.
“BELIA KREATIF PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA”
MUSTAPHA HAJI SAKMUD
PRESIDEN
MAJLIS BELIA SABAH
09 Jun 2010.
Selamat Bersidang.
“BELIA KREATIF PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA”
MUSTAPHA HAJI SAKMUD
PRESIDEN
MAJLIS BELIA SABAH
09 Jun 2010.
0 comments:
Post a Comment